Rabu, 7 Oktober 2020

NURUL IRDINA BINTI ISHAK ( ADAB SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN )

 

Ahad, 11 Oktober 2020

 

NURUL IRDINA BINTI ISHAK  ( ADAB MAKAN)

Adab makan menurut Islam meliputi tiga perkara, iaitu adab sebelum makan, adab ketika makan dan adab selepas makan. Daripada Ibn Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Keberkatan turun di tengah makanan maka kamu makanlah terlebih dahulu dari kedua tepinya dan janganlah kamu makan dari tengahnya.”

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)

 

Huraian Hadith: 

  1. Allah mengurniakan keberkatan kepada sesiapa yang makan secara beradab mengikut panduan syarak.
  2. Setiap orang hendaklah mengikut sunnah Rasulullah SAW semasa menghadapi makanan dengan mendahulukan di sebelah tepi sebelum mengambil yang tengah.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin


ADAB SEBELUM MAKAN

 1) Makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat

 

Firman Allah s.w.t:

وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤۡمِنُونَ (٨٨(

 

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. [al-Maidah : 88]

 

   

Rajah 1

Oleh itu, sebagai seorang guru prasekolah, kita sewajarnya menyediakan dan  mengamalkan pemakanan yang sihat dan halal di kepada murid-murid agar amalan ini berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

2)  Betulkan niat

Niatkan tujuan dalam makan dan minum untuk menguatkan badan, agar dapat melakukan ibadah dan hal-hal lain yang berguna.

Contohnya, guru berkata kepada murid-murid,  Anak murid Cikgu Irdina kena makan nasi goreng ni tau, nanti baru kamu semua bertenaga dan dapat belajar dengan baik dalam kelas cikgu “

Rajah 2



3. Mencuci tangan

 Mencuci kedua tangan sebelum makan, jika dalam keadaan kotor atau ketika belum yakin dengan kebersihannya. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila Rasulullah SAW hendak tidur sedangkan baginda dalam keadaan junub, maka baginda berwuduk terlebih dahulu dan apabila hendak makan, baginda mencuci ke dua tangannya terlebih dahulu.” (Hadis riwayat Ahmad)


Rajah 3


Murid-murid prasekolah sememangnya diajar untuk beratur di sinki untuk membasuh tangan dengan cara yang sebelum makan.

4. Duduk dengan tertib


Rajah 4


Hendaknya duduk dengan tawaduk, iaitu duduk di atas kedua lututnya atau duduk di aras punggung kedua kaki atau berposisi dengan kaki kanan ditegakkan dan duduk diatas kaki kiri. Sebagaimana posisi duduk Rasulullah SAW yang didasari dengan sabda baginda, “Aku tidak pernah makan sambil bersandar, aku hanyalah seorang hamba, aku makan sebagaimana layaknya seorang hamba makan dan aku pun duduk sebagaimana layaknya seorang hamba duduk.” (Hadis riwayat Bukhari no.5399)

Manakala, murid-murid di prasekolah telah disediakan meja dan kerusi yang mencukupi untuk mereka belajar dan makan. Mereka akan makan bersama-sama dengan rakannya di ruang makan.


5. Bersyukur dengan apa yang dihidangkan

Rajah 5

Hendaknya merasa syukur dan redha dengan makanan apa saja yang telah dihidangkan dan tidak mencela makanan, berdasarkan hadis Rasulullah. Dari Abu Hurairah r.a., “Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan apabila baginda berselera, baginda memakannya. Sedangkan jika tidak suka (tidak berselera), maka baginda meninggalkannya.” (Hadis riwayat Bukhari no. 3563)


6. Makan berteman

Rajah 6

Hendaknya makan bersama-sama dengan orang lain, baik tamu, keluarga, kerabat, anak-anak atau pembantu, sebagaimana hadis Rasul Rasulullah SAW yang bermaksud, “Berkumpulah kalian dalam menyantap makanan kalian (bersama-sama), kerana di dalam makan bersama itu akan memberikan berkah kepada kalian.” (Hadis riwayat Abu Daud no. 3764).

Contonya,murid prasekolah akan makan sarapan dan tengahari secara berjemaah dengan rakan-rakannya.


ADAB SEMASA MAKAN

1) Membaca Basmalah

عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ ” .

‘Umar bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah s.a.w, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah s.a.w bersabda kepada ku: Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.

[Sahih al-Bukhari : 4984]


Doa sebelum makan :

Rajah 7




Contoh video doa sebelum makan
 

Murid-murid prasekolah akan melafazkan doa sebelum makan secara berjemaah bersama rakannya.

2) Makan makanan yang hampir dengan kita

 

عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ ” .

‘Umar bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah s.a.w, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah s.a.w bersabda kepada ku: Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.

[Sahih al-Bukhari : 4984] 

Rajah 8

3) Makan dan minum dengan tangan kanan

عَنْ جَدِّهِ ابْنِ عُمَرَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ ، وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ “

‘Abdullah Ibn ‘Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kalian makan, makanlah dengan tangan kanannya, apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.

[Sahih Muslim : 3771]


                      
                                        Video hadis berkaitan makan dengan tangan kanan


 4) Menjauhi pembaziran

وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Makan dan minumlah. Janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebihan [al-A’raf : 31]

عَنْ مِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ ، فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ “

Miqdan bin Ma’dikarib r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:  Tidaklah seorang manusia memenuhi satu bekas yang lebih berbahaya berbanding perutnya sendiri. Cukup untuk seseorang itu makan sekadar untuk dapat menegakkan tulang belakangnya. Namun jika tidak ada pilihan , maka hendaklah sepertiga perut itu untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.

[Sunan at-Tirmizi : 2315, Hadis Hasan Sahih]

 

Rajah 9

Murid-murid terutamanya kepada murid prasekolah kebiasaannya lebih percaya kepada guru mereka berbanding ibu bapa. Ini kerana guru seorang yang mulia dan rapat di mata mereka. Oleh itu, guru perlulah menerapkan amalan tidak membazir ketika makan kepada murid-murid.


5) Mulakan makan pada bahagian tepi pinggan

 

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا وُضِعَ الطَّعَامُ فَخُذُوا مِنْ حَافَتِهِ ، وَذَرُوا وَسَطَهُ ، فَإِنَّ الْبَرَكَةَ تَنْزِلُ فِي وَسَطِهِ “

Ibn ‘Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila makanan diambil, ambillah makanan yang ada di bahagian tepi, dan tinggalkan yang di bahagian tengah. Sesungguhnya keberkatan itu turun pada bahagian yang tengah.

[Sunan Ibn Majah : 3276. Shaikh al-Albani mensahihkannya, Sahih al-Jami’ : 829]


Rajah 10


 

6) Makan dengan tiga jari

 

 

عَنْ ابْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَأْكُلُ بِثَلَاثِ أَصَابِعَ وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا ” .

Ka’ab bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w makan dengan menggunakan tiga jari, dan baginda s.a.w menjilat tangannya sebelum mengelapnya.

[Sahih Muslim : 3797]

                            Video Adab Makan Rasul - Makan dengan 3 Jari


7) Mengutip makanan yang terjatuh

 

عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا وَقَعَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ ، فَلْيَأْخُذْهَا فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى وَلْيَأْكُلْهَا ، وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ ، وَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَ أَصَابِعَهُ ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيِّ طَعَامِهِ الْبَرَكَةُ “

Jabir r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Jika makanan salah seorang daripada kalian terjatuh, ambillah ia kembali, buanglah bahagian yang terkena kotoran, dan makanlah ia. Jangan biarkan ia untuk syaitan. Janganlah seseorang itu mengelap tangannya dengan tuala melainkan selepas dia sudah menjilat jari-jemarinya. Sesungguhnya dia tidak tahu di bahagian manakah pada makanannya yang mempunyai barakah.

[Sahih Muslim : 3800]

Rajah 11


8) Menjauhi mencela makanan

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : ” مَا عَابَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ ، كَانَ إِذَا اشْتَهَى شَيْئًا أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ “

Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w tidak pernah menghina makanan sama sekali. Jika baginda s.a.w mengingini makanan itu, baginda s.a.w akan makan, jika baginda s.a.w tidak suka, baginda s.a.w akan meninggalkannya.

[Sahih Muslim : 3851]

 

Rajah 12

ADAB SELEPAS MAKAN

1) Menjilat jari dan bekas makanan selepas makan

 

عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَمَرَ بِلَعْقِ الْأَصَابِعِ وَالصَّحْفَةِ ، وَقَالَ : ” إِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ فِي أَيِّهِ الْبَرَكَةُ “

Jabir r.a meriwayatkan Nabi s.a.w menyuruh untuk menjilat jari jemari dan bekas makanan. Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya kalian tidak tahu di manakah terletaknya barakah.

[Sahih Muslim : 3799]

 

2)Membaca doa selepas makan

Rajah 13

 Guru prasekolah ditugaskan untuk memastikan murid-murid membaca doa selepas makan setelah selesai menikmati hidangan. Hal ini telah dijadikan rutin harian murid prasekolah. Oleh itu, murid dapat menerapkan benda mulia dalam diri mereka.

 

3) Membasuh tangan selepas makan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ : ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” أَكَلَ كَتِفَ شَاةٍ فَمَضْمَضَ ، وَغَسَلَ يَدَيْهِ ، وَصَلَّى “

Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w memakan paha seekor kambing, kemudian berkumur-kumur, membasuh kedua tangannya, kemudian solat.

[Sunan Ibn Majah : 486, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Ibn Majah]


Rajah 14

      Guru prasekolah akan mengajar murid-murid cara membasuh tangan dengan betul. Hal ini sekaligus dapat memastikan kebersihan murid terjaga dan dapat mengelakkan dijangkiti oleh sebarang penyakit .

4) Berkumur atau bersugi

Membersihkan sisa-sisa makanan yang ada di sela-sela giginya, dan berkumur untuk membersihkan mulutnya.

Contohnya, murid-murid diarahkan untuk menggosok gigi setelah selesai menjamu selera di ruang makan.


Rajah 15


RUMUSAN

Secara rumusannya, kita sewajarnya menjaga adab makan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam telah menunjukkan adab makan yang boleh diikuti dan diteladani kerana kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat sebab ia adalah amanah daripada Allah SWT.

 

BIBLIOGRAFI

Abdul Rasyid Idris. (2012). Adab makan dan minum mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.      Dicapai pada tarikh 24 September 2012 daripada https://alkahfi.com.my/adab-makan-dan-minum-mengikut-al-quran-dan-as-sunnah/
 
Chan, S. D. (2019). HADIS TENTANG MEMBACA DOA (BASMALAH) SEBELUM MAKAN DAN MINUM SERTA RELEVANSINYA TERHADAP PEMELIHARAAN KESEHATAN (FISIK DAN MENTAL). Jurnal Bimbingan Penyuluhan Islam1(01), 158-174.
 
Rianti, A. A. (2013). Cara Rasulullah Saw. Mendidik Anak. Elex Media Komputindo.
 
Sari, D. N. (2016). ADAB MAKAN DAN MINUM DALAM MASYARAKAT: KAJIAN SOSIOLOGI BUDAYA. ETD Unsyiah.
 
Syafiqolbu. (2011). Adab makan menurut Islam. Dicapai pada 21 Julai 2011 daripada https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/21/adab-makan-menurut-islam-rasulullah-saw/
 




 

                                       

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan