Rabu, 7 Oktober 2020

NURUL IRDINA BINTI ISHAK ( ADAB SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN )

 

Ahad, 11 Oktober 2020

 

NURUL IRDINA BINTI ISHAK  ( ADAB MAKAN)

Adab makan menurut Islam meliputi tiga perkara, iaitu adab sebelum makan, adab ketika makan dan adab selepas makan. Daripada Ibn Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Keberkatan turun di tengah makanan maka kamu makanlah terlebih dahulu dari kedua tepinya dan janganlah kamu makan dari tengahnya.”

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)

 

Huraian Hadith: 

  1. Allah mengurniakan keberkatan kepada sesiapa yang makan secara beradab mengikut panduan syarak.
  2. Setiap orang hendaklah mengikut sunnah Rasulullah SAW semasa menghadapi makanan dengan mendahulukan di sebelah tepi sebelum mengambil yang tengah.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin


ADAB SEBELUM MAKAN

 1) Makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat

 

Firman Allah s.w.t:

وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤۡمِنُونَ (٨٨(

 

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. [al-Maidah : 88]

 

   

Rajah 1

Oleh itu, sebagai seorang guru prasekolah, kita sewajarnya menyediakan dan  mengamalkan pemakanan yang sihat dan halal di kepada murid-murid agar amalan ini berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

2)  Betulkan niat

Niatkan tujuan dalam makan dan minum untuk menguatkan badan, agar dapat melakukan ibadah dan hal-hal lain yang berguna.

Contohnya, guru berkata kepada murid-murid,  Anak murid Cikgu Irdina kena makan nasi goreng ni tau, nanti baru kamu semua bertenaga dan dapat belajar dengan baik dalam kelas cikgu “

Rajah 2



3. Mencuci tangan

 Mencuci kedua tangan sebelum makan, jika dalam keadaan kotor atau ketika belum yakin dengan kebersihannya. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila Rasulullah SAW hendak tidur sedangkan baginda dalam keadaan junub, maka baginda berwuduk terlebih dahulu dan apabila hendak makan, baginda mencuci ke dua tangannya terlebih dahulu.” (Hadis riwayat Ahmad)


Rajah 3


Murid-murid prasekolah sememangnya diajar untuk beratur di sinki untuk membasuh tangan dengan cara yang sebelum makan.

4. Duduk dengan tertib


Rajah 4


Hendaknya duduk dengan tawaduk, iaitu duduk di atas kedua lututnya atau duduk di aras punggung kedua kaki atau berposisi dengan kaki kanan ditegakkan dan duduk diatas kaki kiri. Sebagaimana posisi duduk Rasulullah SAW yang didasari dengan sabda baginda, “Aku tidak pernah makan sambil bersandar, aku hanyalah seorang hamba, aku makan sebagaimana layaknya seorang hamba makan dan aku pun duduk sebagaimana layaknya seorang hamba duduk.” (Hadis riwayat Bukhari no.5399)

Manakala, murid-murid di prasekolah telah disediakan meja dan kerusi yang mencukupi untuk mereka belajar dan makan. Mereka akan makan bersama-sama dengan rakannya di ruang makan.


5. Bersyukur dengan apa yang dihidangkan

Rajah 5

Hendaknya merasa syukur dan redha dengan makanan apa saja yang telah dihidangkan dan tidak mencela makanan, berdasarkan hadis Rasulullah. Dari Abu Hurairah r.a., “Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan apabila baginda berselera, baginda memakannya. Sedangkan jika tidak suka (tidak berselera), maka baginda meninggalkannya.” (Hadis riwayat Bukhari no. 3563)


6. Makan berteman

Rajah 6

Hendaknya makan bersama-sama dengan orang lain, baik tamu, keluarga, kerabat, anak-anak atau pembantu, sebagaimana hadis Rasul Rasulullah SAW yang bermaksud, “Berkumpulah kalian dalam menyantap makanan kalian (bersama-sama), kerana di dalam makan bersama itu akan memberikan berkah kepada kalian.” (Hadis riwayat Abu Daud no. 3764).

Contonya,murid prasekolah akan makan sarapan dan tengahari secara berjemaah dengan rakan-rakannya.


ADAB SEMASA MAKAN

1) Membaca Basmalah

عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ ” .

‘Umar bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah s.a.w, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah s.a.w bersabda kepada ku: Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.

[Sahih al-Bukhari : 4984]


Doa sebelum makan :

Rajah 7




Contoh video doa sebelum makan
 

Murid-murid prasekolah akan melafazkan doa sebelum makan secara berjemaah bersama rakannya.

2) Makan makanan yang hampir dengan kita

 

عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ ” .

‘Umar bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah s.a.w, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah s.a.w bersabda kepada ku: Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.

[Sahih al-Bukhari : 4984] 

Rajah 8

3) Makan dan minum dengan tangan kanan

عَنْ جَدِّهِ ابْنِ عُمَرَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ ، وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ “

‘Abdullah Ibn ‘Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kalian makan, makanlah dengan tangan kanannya, apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.

[Sahih Muslim : 3771]


                      
                                        Video hadis berkaitan makan dengan tangan kanan


 4) Menjauhi pembaziran

وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Makan dan minumlah. Janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebihan [al-A’raf : 31]

عَنْ مِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ ، فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ “

Miqdan bin Ma’dikarib r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:  Tidaklah seorang manusia memenuhi satu bekas yang lebih berbahaya berbanding perutnya sendiri. Cukup untuk seseorang itu makan sekadar untuk dapat menegakkan tulang belakangnya. Namun jika tidak ada pilihan , maka hendaklah sepertiga perut itu untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.

[Sunan at-Tirmizi : 2315, Hadis Hasan Sahih]

 

Rajah 9

Murid-murid terutamanya kepada murid prasekolah kebiasaannya lebih percaya kepada guru mereka berbanding ibu bapa. Ini kerana guru seorang yang mulia dan rapat di mata mereka. Oleh itu, guru perlulah menerapkan amalan tidak membazir ketika makan kepada murid-murid.


5) Mulakan makan pada bahagian tepi pinggan

 

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا وُضِعَ الطَّعَامُ فَخُذُوا مِنْ حَافَتِهِ ، وَذَرُوا وَسَطَهُ ، فَإِنَّ الْبَرَكَةَ تَنْزِلُ فِي وَسَطِهِ “

Ibn ‘Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila makanan diambil, ambillah makanan yang ada di bahagian tepi, dan tinggalkan yang di bahagian tengah. Sesungguhnya keberkatan itu turun pada bahagian yang tengah.

[Sunan Ibn Majah : 3276. Shaikh al-Albani mensahihkannya, Sahih al-Jami’ : 829]


Rajah 10


 

6) Makan dengan tiga jari

 

 

عَنْ ابْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَأْكُلُ بِثَلَاثِ أَصَابِعَ وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا ” .

Ka’ab bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w makan dengan menggunakan tiga jari, dan baginda s.a.w menjilat tangannya sebelum mengelapnya.

[Sahih Muslim : 3797]

                            Video Adab Makan Rasul - Makan dengan 3 Jari


7) Mengutip makanan yang terjatuh

 

عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا وَقَعَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ ، فَلْيَأْخُذْهَا فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى وَلْيَأْكُلْهَا ، وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ ، وَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَ أَصَابِعَهُ ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيِّ طَعَامِهِ الْبَرَكَةُ “

Jabir r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Jika makanan salah seorang daripada kalian terjatuh, ambillah ia kembali, buanglah bahagian yang terkena kotoran, dan makanlah ia. Jangan biarkan ia untuk syaitan. Janganlah seseorang itu mengelap tangannya dengan tuala melainkan selepas dia sudah menjilat jari-jemarinya. Sesungguhnya dia tidak tahu di bahagian manakah pada makanannya yang mempunyai barakah.

[Sahih Muslim : 3800]

Rajah 11


8) Menjauhi mencela makanan

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : ” مَا عَابَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ ، كَانَ إِذَا اشْتَهَى شَيْئًا أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ “

Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w tidak pernah menghina makanan sama sekali. Jika baginda s.a.w mengingini makanan itu, baginda s.a.w akan makan, jika baginda s.a.w tidak suka, baginda s.a.w akan meninggalkannya.

[Sahih Muslim : 3851]

 

Rajah 12

ADAB SELEPAS MAKAN

1) Menjilat jari dan bekas makanan selepas makan

 

عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَمَرَ بِلَعْقِ الْأَصَابِعِ وَالصَّحْفَةِ ، وَقَالَ : ” إِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ فِي أَيِّهِ الْبَرَكَةُ “

Jabir r.a meriwayatkan Nabi s.a.w menyuruh untuk menjilat jari jemari dan bekas makanan. Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya kalian tidak tahu di manakah terletaknya barakah.

[Sahih Muslim : 3799]

 

2)Membaca doa selepas makan

Rajah 13

 Guru prasekolah ditugaskan untuk memastikan murid-murid membaca doa selepas makan setelah selesai menikmati hidangan. Hal ini telah dijadikan rutin harian murid prasekolah. Oleh itu, murid dapat menerapkan benda mulia dalam diri mereka.

 

3) Membasuh tangan selepas makan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ : ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” أَكَلَ كَتِفَ شَاةٍ فَمَضْمَضَ ، وَغَسَلَ يَدَيْهِ ، وَصَلَّى “

Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w memakan paha seekor kambing, kemudian berkumur-kumur, membasuh kedua tangannya, kemudian solat.

[Sunan Ibn Majah : 486, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Ibn Majah]


Rajah 14

      Guru prasekolah akan mengajar murid-murid cara membasuh tangan dengan betul. Hal ini sekaligus dapat memastikan kebersihan murid terjaga dan dapat mengelakkan dijangkiti oleh sebarang penyakit .

4) Berkumur atau bersugi

Membersihkan sisa-sisa makanan yang ada di sela-sela giginya, dan berkumur untuk membersihkan mulutnya.

Contohnya, murid-murid diarahkan untuk menggosok gigi setelah selesai menjamu selera di ruang makan.


Rajah 15


RUMUSAN

Secara rumusannya, kita sewajarnya menjaga adab makan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam telah menunjukkan adab makan yang boleh diikuti dan diteladani kerana kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat sebab ia adalah amanah daripada Allah SWT.

 

BIBLIOGRAFI

Abdul Rasyid Idris. (2012). Adab makan dan minum mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.      Dicapai pada tarikh 24 September 2012 daripada https://alkahfi.com.my/adab-makan-dan-minum-mengikut-al-quran-dan-as-sunnah/
 
Chan, S. D. (2019). HADIS TENTANG MEMBACA DOA (BASMALAH) SEBELUM MAKAN DAN MINUM SERTA RELEVANSINYA TERHADAP PEMELIHARAAN KESEHATAN (FISIK DAN MENTAL). Jurnal Bimbingan Penyuluhan Islam1(01), 158-174.
 
Rianti, A. A. (2013). Cara Rasulullah Saw. Mendidik Anak. Elex Media Komputindo.
 
Sari, D. N. (2016). ADAB MAKAN DAN MINUM DALAM MASYARAKAT: KAJIAN SOSIOLOGI BUDAYA. ETD Unsyiah.
 
Syafiqolbu. (2011). Adab makan menurut Islam. Dicapai pada 21 Julai 2011 daripada https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/21/adab-makan-menurut-islam-rasulullah-saw/
 




 

                                       

 

 

 

SITI FARAZIAH BINTI ISMAIL ( ADAB MENGHORMATI IBU BAPA )

   

 
Rajah 1

    Maksud adab kepada ibu bapa adalah bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku. Ibu bapa merupakan insan yang paling hampir dengan kanak-kanak, maka jangan hairan sekiranya orang yang paling mereka sayang adalah ibu bapa mereka sendiri. Sebagai seorang guru prasekolah, seharusnya memupuk anak murid supaya mempunyai sikap beradab dengan ibu bapa daripada awal lagi kerana bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Firman Allah SWT: 


Maksudnya: Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya mengandungkan dalam keadaan lemah yang tersangat-sangat dan menyapihnya ketika usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

                                                                                                (Surah Luqman 31:14)

DOA UNTUK IBU BAPA

    Setiap hari, guru seharusnya mengingatkan murid-murid untuk mendoakan ibu bapa mereka supaya diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Ini kerana, kanak-kanak merupakan insan yang suci kerana masih belum melakukan banyak dosa di dunia, oleh itu doa mereka mudah untuk dimakbulkan oleh Allah. Guru harus menerangkan kepentingan berdoa untuk ibu bapa kepada murid-murid di prasekolah supaya mereka faham dan boleh jadikan perkara tersebut sebagai satu amalan. Sebelum memulakan sesi pembelajaran, guru boleh meminta anak murid supaya membaca doa untuk ibu bapa bersama-sama. Contoh doa yang boleh diamalkan di dalam kelas adalah seperti dibawah:-

 


ADAB SEORANG ANAK KEPADA IBU BAPA 

 


 1) Tidak menggunakan bahasa yang kasar

                                Parents and children sitting and talking (boys) | Free Cliparts | illustAC

                                                                            Rajah 2.1

Guru harus mendidik murid-murid untuk menggunakan bahasa yang baik apabila berkomunikasi dengan ibu bapa. Selain itu, menerangkan kepada mereka bahawa untuk menjadi seorang anak yang baik, mereka perlu menggunakan nada yang lembut dan bahasa yang sopan. Amalan ini harus dipupuk sejak mereka masih berada di prasekolah lagi kerana pada ketika itu mereka masih mudah untuk menerima nasihat.

2) Tidak menyakiti ibu bapa

                       Hukum Ibu Bapa Menyakiti Hati Anak - Wujudkah Ibu Bapa Derhaka? -  Bidadari.My

                                                                           Rajah 2.2

Seterusnya, tidak menyakiti ibu bapa. Guru harus menerangkan kepada anak murid bahawa seseorang itu akan meningkat usia dari semasa ke semasa sama seperti ibu bapa mereka. Apabila ibu bapa semakin meningkat usia, mereka akan menjadi seorang yang cepat sensitif dan terasa hati. Oleh itu, guru harus mendidik anak murid di prasekolah supaya menjadi seorang anak yang sabar dan taat. Pesan kepada mereka supaya jangan sesekali memukul ibu bapa kerana itu merupakan amalan yang tidak baik dan tidak disukai oleh Allah. 

Nabi Muhammad SAW bersabda: 

Mahukah kamu saya khabarkan dengan dosa yang paling besar? Syirik akan Allah dan derhaka kepada ibu bapa

                                                                                   (Riwayat Al-Bukhari) 

3) Ketuk pintu bilik terlebih dahulu sebelum masuk

Rajah 2.3

Guru harus mengajar anak murid supaya mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam bilik ibu bapa. Setelah ibu bapa memberikan kebenaran, barulah mereka boleh menapak masuk ke dalam bilik. Hal ini kerana, bilik merupakan ruang privasi jadi sebagai seorang anak, amatlah wajar untuk menghormati privasi kedua ibu bapa. Tidak sopan sekiranya mengganggu sewaktu mereka ingin berehat untuk melepaskan lelah setelah bekerja mencari nafkah dan menjaga rumah. Seorang anak juga perlu bertimbang rasa dengan memilih waktu-waktu yang sesuai untuk masuk ke dalam bilik ibu bapa mereka. Contohnya, guru boleh memberi pesanan kepada anak murid supaya tidak masuk pada waktu tengahari kerana ketika itu, ibu bapa mereka ingin berehat dan elakkan pada waktu tengah malam kerana ketika itu mereka sudah bersiap untuk tidur.

4) Tundukkan badan sedikit apabila lalu di hadapan mereka

                                                

                                                                        Rajah 2.4

Apabila lalu di hadapan orang tua lebih-lebih lagi ketika mereka sedang berbual, seorang anak seharusnya menundukkan badan sedikit sahaja untuk menzahirkan rasa hormat kepada mereka. Guru boleh membimbing mereka supaya tidak berlari-lari atau membuat bising di hadapan ibu bapa mereka kerana itu merupakan satu perbuatan yang tidak sopan. Tunjukkan akhlak yang baik supaya ibu bapa senang hati dan tidak stress untuk menguruskan anak-anak. Hal ini kerana, menjadi seorang ibu bapa memerlukan komitmen yang tinggi, jadi tidak salah untuk meringankan beban mereka dengan menjadi seorang anak yang baik.

5) Mentaati ibu bapa 

                                          Pemuda Ahli Sunnah: MENTAATI KEDUA IBUBAPA DALAM ISLAM   

                                                                        Rajah 2.5

Setiap insan wajib mentaati kepada kedua ibu bapa yang sudah melahirkan dan membesarkan kita sehingga menjadi seorang insan yang berguna. Nabi Muhammad SAW mengingatkan kepada umatnya bahawa keredaan Allah SWT terletak kepada keredaan ibu bapa. Begitu juga dengan kemurkaan Allah, bergantung kepada kemurkaan orang tua kita. Ibu bapa merupakan insan yang wajar dihormati oleh seorang anak. Hal ini kerana, ibu bapa telah menyumbang bakti yang besar dalam membesarkan seorang anak. Konsep mentaati ibu bapa boleh ditakrifkan dengan melakukan perkara yang mereka suruh selagi tidak melanggar ajaran agama Islam dan meninggalkan perkara yang mereka tidak suka seperti mencuri dan berkata kasar. Sekiranya ibu bapa menyuruh anak-anak mendirikan solat atau mengaji, maka anak-anak tersebut wajib menurut arahan yang telah diberikan.

6) Membantu ibu bapa

                                            akhlak mulia Allah suka: ADAB MENOLONG IBUBAPA   

                                                                    Rajah 2.6

Ibu bapa tidak mengharapkan balasan wang ringgit daripada anak-anak mereka, tetapi mereka amat berharap untuk mempunyai seorang anak yang ringan tulang. Seorang anak yang baik tidak sanggup melihat ibu bapa mereka dalam kesusahan. Pertolongan yang kecil mungkin memberi makna yang besar dan mendalam kepada ibu bapa. Guru boleh mendidik anak murid supaya menjadi seorang yang ringan tulang dan tidak berkira dalam melakukan tugasan untuk ibu bapa. Contoh amalan yang boleh dilakukan adalah dengan tidak menyepahkan barang-barang atau mainan di lantai.

APA YANG BOLEH DILAKUKAN KEPADA IBU BAPA YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA?

    Semua orang mempunyai ibu bapa tetapi tidak semua yang masih mempunyai ibu bapa. Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza, maka dengan itu sebagai seorang guru yang berdedikasi, seharusnya mengambil cakna tentang latar belakang anak murid sendiri kerana mungkin ada di antara mereka yang sudah kehilangan ibu bapa. Pada ketika ini, guru harus bijak mengambil emosi murid-murid dengan menerangkan kepada mereka bahawa walaupun ibu bapa mereka sudah tiada, mereka masih boleh menyumbang bakti dengan pelbagai cara: 

 Amalan Kekal Selepas Kematian

Maksudnya:
Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”

1) Memohon ampun buat ibu bapa

Anak yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat ibu bapa mereka di alam sana. Guru harus menerangkan kepada anak-anak murid supaya mereka sentiasa yakin dan percaya bahawa Allah mendengar setiap doa hamba-Nya. Contoh doa yang boleh diamalkan oleh murid-murid di prasekolah adalah seperti video di bawah:



2) Menjadi seorang anak yang baik

                                                   3 Cara untuk Menjadi Anak yang Baik - wikiHow

                                                                            Rajah 3.2

Guru harus menceritakan kepada anak murid bahawa impian setiap ibu bapa adalah melihat anak yang mereka mencurahkan kasih sayang, yang dilayan sepenuh hati menjadi seorang insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Seorang anak akan membawa nama ibu bapa ke mana-mana sahaja. Oleh itu, guru harus menasihati anak-anak murid supaya mereka menjadi seorang insan yang berguna dan bijak menjaga diri dengan tidak melakukan perkara yang tidak elok.

3) Menziarahi kubur mereka 

                                                ISLAM | "ILMU ITU PENYELAMAT" | Page 116 

                                                                Rajah 3.3

Sekiranya ada di antara murid-murid yang sudah kehilangan ibu bapa, guru boleh memberitahu kepada mereka supaya pergi menziarahi kubur ibu bapa mereka untuk melepaskan rindu serta mengajar mereka membersihkan kubur, membaca Al-Fatihah dan berdoa sewaktu mereka masih kecil lagi supaya mereka tidak kekok dan tidak akan merasa kehilangan yang melampau. Jasa ibu bapa terlalu besar dan tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit. Maka, sudah menjadi kewajipan kita untuk meneruskan bakti kepada mereka dengan melakukan perkara di atas. Selain dapat mengubat rindu kepada mereka, kita juga akan berasa insaf dan mempercayai bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

RUMUSAN

Beradab dan bertanggungjawab merupakan amalan yang sangat disenangi oleh Allah. Setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan ada ganjaran pahala. Guru memainkan peranan yang utama untuk mendidik anak murid di prasekolah berkaitan adab dengan ibu bapa. Jika kita berbuat baik dengan ibu bapa pada hari ini, Allah akan memberikan sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang. Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba-Nya. Berbaktilah kepada ibu bapa sebanyak yang mungkin kerana mereka merupakan pinjaman yang sementara dan tidak akan kekal abadi. 

RUJUK JURNAL BERIKUT

JURNAL 01- Pelaksanaan perkhidmatan anak terhadap ibu bapa kurang penglihatan

                JURNAL 02 - Konsep keibubapaan teras pembentukan insan terbilang                        

RUJUK BUKU BERIKUT

BUKU 01 - Adab dan kebiasaan hebat anak muslim

BUKU 02 - Anak adalah anugerah


BIBLIOGRAFI

Khairul Izzati. (2015). Adab kepada ibu bapa. Dicapai pada 10 Oktober 2020 daripada                                     https://www.academia.edu/17551846/Adab_kepada_ibubapa

Noorzulaiha bte Othman. (2012). Srikandi. Dicapai pada 10 Oktober 2020 daripada http://onoorzulaiha.          blogspot.com/2012/03/ contoh-contoh-adab-terhadap-ibu-bapa.html

Rabiatul Adaweeyah. (2016). 5 amalan jariah anak-anak untuk ibu bapa yang telah pergi. Dicapai                 pada 10 Oktober 2020 daripada https://tzkrh.com/5-amalan-jariah-anak-anak-untuk-ibu-bapa-                yang-telah-pergi/

SGMS Enal. (2018). 5 adab ibu bapa gagal terapkan dalam diri kanak-kanak ketika kecil. Dicapai pada         10 Oktober 2020 daripada https://www.xtra.com.my/lifestyle/5-adab-ibu-bapa-gagal-terapkan-                dalam-diri-kanak-kanak-ketika-kecil/